PKP Seluruh Negeri Kelantan Bermula 16 Januari 2021 Hingga 26 Januari 2021

PKP Seluruh Negeri Kelantan Bermula 16 Januari 2021 Hingga 26 Januari 2021. Selepas beberapa hari pengumuman PKPB dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk negeri Kelantan. Dalam beberapa hari itu, peningkatan kes Covid semakin membimbangkan dengan setiap daerah tercatat kes baru..

Kerajaan sebelum ini melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Kelantan bermula 13 hingga 26 Jan 2021. Perintah bersyarat ini nampaknya tiada tanda-tanda penurunan memaksa perintah kawalan yang lebih ketat..

PKP Seluruh Negeri Kelantan Bermula 16 Januari 2021 Hingga 26 Januari 2021

 

PKP Seluruh Negeri Kelantan Bermula 16 Januari 2021 Hingga 26 Januari 2021

Mengenai peningkatan kes COVID-19 di Kelantan, Ismail Sabri berkata, purata kes harian meningkat antara 80 hingga 100 kes sehari, manakala jumlah kes aktif juga meningkat mendadak dalam tempoh 14 hari dari 328 kepada 891 kes, sejak 10 Januari lalu.

Kementerian Kesihatan turut mengesahkan 90 peratus daerah di Kelantan kini dalam zon merah dan jingga. Masing-masing tujuh daerah zon merah, iaitu di Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Gua Musang, Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah.

“Dua daerah zon kuning, masing-masing di Pasir Puteh dan Pasir Mas, manakala satu daerah zon jingga, Jeli,” katanya.

Sebelum ini, MKN melaksanakan PKP Bersyarat (PKPB) di Sibu dan Kelantan, mulai 13 hingga 26 Januari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, MKN tidak membuat keputusan berkaitan SOP aktiviti atau pembukaan masjid kerana bukan di bawah bidang kuasanya.

Sebaliknya, beliau berkata, soal itu tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa sultan atau raja dan pihak berkuasa agama negeri.

Katanya, tindakan pihak tertentu mempersoal SOP di masjid dan surau sebagai mempersoal keputusan sultan atau raja, dan kritikan yang dituju kepada pemerintah negeri.

“Saya terima banyak persoalan dan kiriman video mempertikaikan berkaitan pembukaan masjid, termasuk daripada penceramah yang menyalahkan MKN berkenaan SOP ketat aktiviti di masjid.

“Contoh, jika masjid dibuka untuk lima orang sahaja, satu pertiga atau satu perdua daripada kapasiti masjid, maka keputusan terbabit adalah di bawah perkenan sultan di negeri berkenaan.

“Kementerian berkaitan boleh mengusulkan cadangan melalui Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia untuk penelitian pihak berkuasa agama negeri. Namun, keputusan akhir adalah sepenuhnya hak mutlak dan bidang kuasa negeri di bawah naungan raja di setiap negeri,” katanya, bharian..

PKP Seluruh Negeri Kelantan Bermula 16 Januari 2021 Hingga 26 Januari 2021

 

Langkah Pencegahan Covid 19

Berikut dikongsikan langkah kawalan untuk mengelakkan terkena covid 19..

1, Lakukan Saringan

Sila datang dan membuat saringan kesihatan secara percuma di pusat kesihatan tanpa perlu dicari. Bantulah kerajaan dengan tampil secara sukarela dan menjalani pemeriksaan saringan yang ditetapkan terutama kepada mereka yang pergi ke perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling.

2, Kuarantin diri

Sekiranya anda baru pulang daripada mana-mana negara terutamanya China, Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran, anda dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut.

Sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat sekiranya anda mendapat gejala seperti batuk, demam, selsema, sakit tekak dan kesukaran untuk bernafas.

3, Memakai topeng muka

Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah topeng muka dan segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jangan menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali, sebaiknya keraplah menukar topeng muka dari masa ke semasa.

Langkah Pencegahan Covid 19

4, Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home’

Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak seperti membersihkan rumah, bertukang, memasak, berkebun dan bersukan yang bersifat dalaman dan tidak perlu keluar.

5, Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah

Sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga sangat digalakkan untuk membasmi virus.

Campurkan satu penutup peluntur dan sembilan penutup air sahaja dan mula disinfeksi tempat yang kerap disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan, kepala paip dan pintu peti ais.

6, Jaga jarak 1 meter

Sekiranya memerlukan anda untuk keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan yang tidak dapat dielakkan, pastikan anda menjaga jarak satu meter supaya tidak bersentuhan.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk menjaga kesihatan dengan baik seperti makan makanan yang berkhasiat dan melakukan senaman ringkas di dalam rumah, bharian..

Baca Juga > Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Secara Online

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.