Klinik Pergigian Di Bukit Bunga Kelantan (Tanah Merah)

Klinik Pergigian Di Bukit Bunga Kelantan (Tanah Merah). Hasrat lama yang asyik tertangguh untuk membuat rawatan gigi akhirnya menjadi kenyataan pada hari ini. Perancangan admin setiap tahun buat Scaling Gigi ((cuci gigi), gigi yang semakin tua memerlukan lebih penjagaan..huhu..

Admin yang sekarang ini tinggal di Jeli, Kelantan, area ini tiada klinik gigi swasta selain dari hospital kerajaan. Jadi yang paling terdekat di Bukit Bunga. Tak jauh mana, ambil masa lebih kurang 15 hingga 25 minit. Untuk ada tinggal disini, admin nak kongsikan sedikit info tempat , masa, buka klinik gigi tersebut..

Klinik Pergigian Di Bukit Bunga Kelantan

 

Klinik Pergigian Di Bukit Bunga Kelantan (Tanah Merah)

Klinik Pergigian As-Syifa yang terletak di Bukit Bunga mudah saja dijumpai, berikut dikongsikan alamat, masa, doctor dan rawatan yang disediakan disitu dengan harga yang rendah..

Doctor

  • Dr. Muhd Shahrohisham Shamsuddin – DDS (USM)
  • Dibantu oleh 2 pekerja (Tak pasti berapa orang pekerja)

Masa Operasi

  • Ahad – Khamis : 9am to 10pm
  • Sabtu : 9am to 10pm
  • Jumaat dan Public Holidays: Tutup

# Nak dapatkan rawatan terus ke klinik tanpa temujanji

Alamat

  • Klinik Pergigian As-Syifa, Lot 736 (No.6), Kampung Bukit Nangka, Bukit Bunga, 17500 Tanah Merah, Kelantan
  • Untuk ke klinik tersebut search google map “Klinik Pergigian As-Syifa”..

No Telefon

  • 011-10619160

 

Rawatan Gigi Di Klinik Pergigian As-Syifa Di Bukit Bunga

Berikut dikongsikan sedikit info rawatan pergigian dan harga yang terdapat di klinik tersebut..

harga rawatan klinik gigi

Rawatan dan harga seperti di atas, admin malas nak tulis..hehe. Admin buat 2 rawatan gigi iaitu scaling dan cabut gigi. Cas dalam RM85, murahkan..

Klinik Pergigian As-Syifa

 

Apa Itu Scaling Gigi

Scaling gigi adalah prosedur non-operasi yang dilakukan untuk membersihkan dan menghilangkan plak dan karang (tartar) pada gigi. Prosedur ini merupakan salah satu prosedur perawatan gigi yang paling umum dilakukan.

Plak adalah lapisan tipis berwarna kuning atau putih yang menempel pada gigi. Plak terbentuk ketika bakteria bercampur dengan sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut, terutama makanan yang mengandung gula dan tepung.

Plak yang dibiarkan hingga mengeras dan bercampur dengan air liur akan memicu terbentuknya karang gigi atau tartar. Plak dan karang gigi mengandung jutaan bakteria dan jika tidak dibersihkan secara rutin, dapat menyebabkan periodontitis, kerusakan gigi, atau bahkan hilangnya gigi. Sumber rujukan alodokter..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.