Cara Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos 2021 Dengan Harga

Cara Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos 2021 Dengan Harga. Lesen memandu motor dan kereta yang hampir tamat pertengahan Januari ini memaksa untuk di renew. Ia memastikan pemanduan SAh di jalan raya dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan..

Renew Lesen Memandu boleh dibuat secara online atau jabatan lantikan seperti pejabat pos. Admin lagi suka renew di pejabat pos berbanding tempat-tempat lain. Caranya mudah saja janji bawa wang yang mencukupi disamping kad pengenalan dan lesen..

Cara Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos 2021 Dengan Harga

 

Dokumen Lesen Memandu di Pejabat Pos 2021 Dengan Harga

Berikut dikongsikan dokumen yang perlu dibawa untuk urusan Lesen Memandu di Pejabat Pos 2021..

  • MyKad/Pasport yang asal, ataupun salinan MyKad/Pasport sekiranya wakil melakukannya untuk anda.
  • MyKad/Pasport asal milik wakil anda.
  • Lesen memandu asal/salinan milik anda.
  • Dokumen pengenalan asal milik wakil.
  • 1 gambar warna (berlatar belakang putih), berukuran 25mm x 32mm
  • Memegang pasport yang masih berkuat kuasa (untuk warga asing sahaja)

Mulai 16 Julai 2013, anda diberi pilihan untuk mengemukakan gambar anda, sama ada membawa sendiri gambar terbaru anda berukuran 25mm x 32mm berlatar belakangkan putih, ATAU mengambil gambar baru di kaunter, ATAU menggunakan gambar anda yang terdapat di MyKad.

Anda juga perlu mengenal pasti kelas untuk lesen anda. Di bawah ialah jenis kelas untuk lesen memandu di Malaysia:

  1. Kelas A –Kenderaan Orang Cacat (Motorsikal) BTM tidak melebihi 450kg
  2. Kelas A1 – Kenderaan Orang Cacat (Motokar) BTM tidak melebihi 3500kg
  3. Kelas B –Motorsikal melebihi 500 cc (Motorsikal besar)
  4. Kelas B2 – Motorsikal tidak melebihi 250 cc (Motor kapcai)
  5. Kelas C –Motorsikal Tiga Roda (Kenderaan Menjual Aiskrim atau Roti)
  6. Kelas D –Motokar BTM (Berat Tanpa Muatan) Tidak Melebihi 3500kg
  7. Kelas DA – Motokar Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3500 kg
  8. Kelas E –Motokar Berat BTM melebihi 7500kg
  9. Kelas E1 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 7500kg
  10. Kelas E2 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 5000kg
  11. Kelas F –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BTM tidak melebihi 5000kg
  12. Kelas G –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM tidak melebihi 5000kg
  13. Kelas H –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5000kg
  14. Kelas I –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000kg

Cara Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos 2021 Dengan Harga

 

Cara Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos 2021 Dengan Harga

Berikut dikongsikan Cara Renew Lesen Memandu seperti berikut..

  • Pergi ke mana-mana pejabat pos yang terdekat dengan anda.
  • Sekiranya anda tidak tahu pejabat pos yang mana berdekatan dengan anda, layari link laman web ini >> Klik Sini
  • Anda akan dibawa ke laman web POS Malaysia di bahagian Pos Outlet Finder.
  • Pilih negeri untuk pejabat pos yang terdekat dan dapatkan alamat yang tertera.
  • Apabila anda tiba di pejabat pos, ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran anda tiba.
  • Tiba giliran anda, maklumkan kepada pegawai di kaunter bahawa anda ingin renew lesen CDL anda.
  • Maklumkan tempoh renew lesen anda. Maksimum adalah untuk 5 tahun sahaja. Harga adalah berbeza untuk setiap 1 tahun bagi setiap kelas lesen:
    # Kelas A & A1 – RM2
    # Kelas B2, B & C – RM20
    # Kelas D sehingga I – RM30
  • Untuk yang bukan warganegara, bayaran sebanyak RM120 dikenakan untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H dan I.
  • Serahkan kad pengenalan/pasport anda.
  • Kemudian, serahkan lesen memandu anda, sama ada yang asal atau salinan.
  • Serahkan sekeping gambar anda berlatar belakang putih dan berukuran 25mm x 32mm.
  • Serahkan wang untuk renew lesen mengikut kelas lesen anda seperti di nombor (6).
  • Tunggu sehingga kad lesen memandu anda siap.
  • Sekiranya wakil melakukan proses renew untuk anda, wakil perlu serahkan kad pengenalan/pasport yang asal atau salinan kad pengenalan/passport.
  • Wakil juga perlu serahkan kad pengenalannya yang asal berserta dengan dokumen pengenalan dirinya yang asal.
  • Setelah siap, pergi semula ke kaunter dan dapatkan kad lesen memandu anda.
  • Proses anda selesai.

Cara Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos 2021 Dengan Harga

 

Harga Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos 2021

Seperti sedia maklum, admin hanya kongsikan harga renew lesen untuk kenderaan ringan seperti kereta dan motosikal. Harga seperti berikut..

Bayaran renew lesen untuk tempoh setahun: RM30
Bayaran renew lesen untuk tempoh 2 tahun: RM60
Bayaran renew lesen untuk tempoh 5 tahun: RM150

Note

  • Pejabat Pos akan cas 2 ringgit untuk setiap renew lesen. Contoh admin renew lesen 2 tahun, jadi kena bayar 62 ringgit..

 

Jika anda perlukan maklumat terkini dan lebih lengkap, silalah berhubung dengan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat dengan anda.

Biasanya sekolah memandu juga mempunyai maklumat yang lengkap mengenai perkara ini. Kalau ada rakan-rakan yang berkerja di pusat latihan memandu, bolehlah juga dapatkan info dari mereka.

Baca Juga > Permohonan i-Sinar Kategori 1 Mula Hari Ini 21 Disember 2020

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.