Panduan Lengkap Penternakan Kambing




Panduan Lengkap Penternakan Kambing. Berapa di kampung dulu-dulu, ramai yang menternak kambing sebagai hobi. Setiap rumah kebanyakkan memelihara kambing, samada dijual atau di makan sendiri. Tidak terkecuali rumah Admin, Abah menternak kambing dalam 2 ekor sebagai hobi masa lapang..

Kandang pun dibina biasa saja..

Kambing yang diperlihara adalah dari jenis baka tempatan, kambing biasa-biasa saja bukan seperti Kambing Boer, besar dan memiliki daging yang banyak. Kenangan yang tidak dapat dilupakan masa kanak-kanak dulu dan pernah juga ditanduk dengan kambing..huhu..

Panduan Lengkap Penternakan Kambing

Manfaat Dan Khasiat Daging Kambing

Permintaan terhadap daging kambing yang sentiasa tinggi di Negara kita lebih-lebih lagi bila cuti perayaan atau cuti sekolah. Masa tu sibuk owner Penternakan Kambing memenuhi permintaan pelanggan. Ramai yag suka dengan kelembutan daging dan rasa dagingnya yang sedap. Admin pun suka makan daging kambing, kena cara masakkannya memang sedap sangat..huhu..

Dikatakan jugak daging kambing mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat untuk anggota badan kita. Ini secara ringkas khasiat daging kambing untuk kita semua..

  • Meningkatkan HDL (kolestrol baik)
  • Menjaga sistem saraf
  • Menjaga kesihatan mata
  • Meningkatkan sistem ketahanan tubuh
  • Mencegah anemia

Sebelum ini dengar makan daging kambing tak elok untuk kesihatan, rupa-rupanya salah la anggapannya..

Berbalik pada Rahsia Penternakan Kambing, memang tidak rugi menjalankan bisnes ini. Saban hari ada saja yang membuat tempahan kambing, sampaikan ada sesetengah terpaksa tolak tempahan kerana masalah tertentu. Anda berminat dengan penternakan kambing ?

Seelok-eloknya cara la seberapa ilmu dan pengalaman sebelum memulakan langkah anda itu. Oleh itu, panduan yang tepat dan berkesan perlu dalam memelihara kambing. Ada satu panduan yang elok dibaca oleh anda untuk memastikan anda berjaya..

Panduan Lengkap Penternakan Kambing

Secara ringkas Panduan Penternakan Kambing, point-point penting yang anda dapat belajar melalui rujukan tersebut. Antara isi kandungannya..

1. Kenapa Kambing?
Menceritakan tentang 6 kelebihan penternakan kambing serta memberikan anda tempat-tempat sumber rujukan untuk anda memulakan pernternakan kambing.

2. Modal & Sumber Kewangan
Terdapat 4 cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan, dan sedikit penerangan mengenai sistem penternakan.

3. Kandang Kambing
Menerangkan dengan terperinci 10 perkara yang penting tentang kandang siap beserta gambarajah. Serta beberapa tips bagaimana anda boleh berjimat di dalam membina kandang.

4. Makanan Kambing
Kepentingan makanan untuk menghasilkan kambing yang bermutu dan memenuhi ciri-ciri 3G (bukan talian 3G yer!) . Menceritakan tentang 4 jenis makanan yang boleh anda jadikan makanan kambing. Penrengan secara bergambar langkah-demi-langkah penanaman rumput untuk kambing serta tips ringkas untuk menjimatkan kos makanan.

5. Baka Kambing
Menceritakan tentang 5 jenis baka kambing yang boleh anda pilih disamping menerangkan dengan terperinci tentang kaedah-kaedah yang digunakan untuk memilih kambing yang ingin dijadikan baka.

6. Pembiakan Kambing
Penerangan secara terperinci tentang tempoh biang, tempoh bunting serta proses melahirkan anak. Turut diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran anak dan bagaimana menguruskan anak kambing yang baru lahir.

7. Masalah Kambing
Senarai penyakit-penyakit kambing serta cara bagaimana merawatinya.

8. Teknik Memerah Susu
Penerangan secara bergambar bagaimana memerah susu kambing dengan betul. Seronok & puas beb dapat perah susu kambing nie!

9. Pengurusan Kambing
Jadual harian di dalam menguruskan penternakan kambing.

Banyak teknik dan rahsia yang diajar dalam rujukan tersebut, anda pasti kena dapatkan rujukan penuh Panduan Penternakan Kambing..

Jenis Kambing Di Malaysia

Ada beberapa jenis kambing di Malaysia seperti kambing kelantan. Rasanya kambing yang paling terkenal ialah Kambing Boer yang besar dan memiliki daging banyak.  Dan ada beberapa katogeri kambing di pasaran tempatan seperti kambing daging, kambing susu dan campuran kambing daging dan susu. Sebagai contoh..

Kambing Daging

Kambing Boer
Kacang
Bengal
Savanna
Kalahari red
Jermasia

Kambing Susu
Alpine
Saanen
Toggenburg

Kambing Untuk Daging Dan Susu
Jamnapari
Anglo Nubian

Dan jenis kambing yang tidak disebut di atas..

Harga Seekor Kambing

Biasanya harha kambing ditentukan dari jenis baka dan berat kambing tersebut. Makin berat kambing, makin tinggi la harganya. Contoh..

BERAT 10 – 15KG >> RM330.00
BERAT 16 – 20KG >> RM440.00
BERAT 21 – 30KG >> RM660.00
BERAT 31 – 40KG >> RM880.00

Sekadar perkongsian, mungkin ada yang tidak tepat. Anda yang sudah biasa jual beli kambing, dialu-alukan tinggalkan komen di sini.

Makanan Asasi Kambing

Kambing makan apa ? Kalau tidak tahu macam mana nak memasuki bidang penternakan ni. Makanan asasi kambing ialah rumput, pastikan rumput segar dan bebas dari racun. Rumput yang biasa diberi ialah dari jenis rumput napier dan rumput jagung..

Anda juga kena berikan garam jilat pada kambing kerana ia mempunyai nutrient yang tinggi..

Selain itu makanan kedua kambing seperti dedak, duan nangka, daun pisang, jagung dan sebagainya..

Bidang Penternakan Kambing

Nak menceburi bidang Penternakan Kambing ini hati perlu la cekal dan usaha gigih diperlukan. Jangan cepat mengalah bila mengalami kerugian. Cari mana silapnya dan perbetulkan. Pengalaman dan panduan penternakan kambing perlu betul dan berkesan..

Langkah yang dikongsikan dari awal hingga akhir..

Semoga suatu hari nanti anda menjadi Penternak Kambing yang berjaya..

 

Terima kasih membaca artikel Panduan Lengkap Penternakan Kambing..



(Visited 3,391 times, 3 visits today)

Related Post

3 Comments


  1. // Reply

    Saya baru cuba2 ternak kambing .Mulanya hobi tp skrg telah jatuh hati dgn kerjaya tersebut.Saya perlu lagi menimba pengalaman dr mana2 individu yg tlah brjaya.Saya sedia berkongsi pengalaman utk memajukanlagi kerjaya tersebut.


  2. // Reply

    Assalammualaikum ..sy seorg anak muda dn Berminat utk mencburkn dr dlm bidang pntrnakan kambing… Tp Masih zero pnglmn ..ilmu dn dlm proses mngumpulkn modal… Jika tuan Tdk keberatan… Blh kongsikan sdkkt ilmu dn tips Awal utk memulakan bsnes ini? Cthnya tips dlm memilih kambing… Dn apa yg Perlu dlkkukn pd permulaan bg seorg yg tdk Ada pnglmn mcm sy..

    Bantuan tn. Amat dihargai… Terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge