Modal Minimum Mulakan Penternakan Kambing
|
Modal Minimum Mulakan Penternakan Kambing. Bagi mereka yang ingin memasuki bidang ini pastinya tertanya-tanya modal menternak kambing. Berapakah modal ? Adakah memerlukan modal yang besar dalam penternakan ini. Berangkali kurangnya Usahawan dalam bidang ini kerana berfikiran memerlukan modal yang besar. Jika anda ingin mengetahuinya, dalam Panduan Menternak Kambing ada menyebut secara detail apa yang anda perlu tahu dalam penternakan ini..
Modal Minimum Mulakan Penternakan Kambing
Sebaiknya sebelum anda menggunakan modal penternakan kambing, elok dulu anda mencari pengalaman, pelajari, cari info dan ilmu mengenainya. Ia memudahkan anda untuk menguruskan kandang dan juga mengelakkan anda ditipu..
Berdasarkan pengalaman Tuan Farid, dengan bermodalkan permulaan RM7 ribu. Beliau membina kandang dan membeli beberapa ekor kambing seperti kambing Jamnapari. Okey, admin cuba kongsikan secara ringkas kos tersebut..
Kandang Kambing
Kos membuat kandang kambing bergantung pada keluasan dan beberapa kambing yang ingin diternak. Lagi banyak kambing lagi besar kandang yang perlu dibina. Tapi untuk permulaan, dengan kos RM2 ribu sudah cukup dengan beberapa ekor kambing boer..
Baka Kambing
Contohnya untuk harga kambing Boer, untuk seekor harga mencecah antara RM700 hingga RM850. Beli kambing bertina dalam 5 ekor dan kambing jantan seekor. Cara membeli kambing ini admin ambil dari contoh dari Tuan Farid yang membeli baka baka dalam permulaan beliau menceburi bidang ini..
Kos Makanan
Makanan seperti rumput (boleh ditanam sendiri), dedak, garam jilat dalam anggaran RM600 sebulan..
Ubat-ubatan
Mungkin dalam RM200, mengikut keadaan menggunakannya..
Ini sedikit info yang dapat admin kongsikan. Kosnya tidak sampai RM7 ribu, kan. Mungkin ianya tidak berapa nak tepat tapi minta pakar-pakar dalam bidang menternak kambing ini perbetulkan menerusi ruangan komen. Tapi admin rasa kosnya lebih kurang macam tu lah, tidak lebih atau tidak kurang..huhu..
Tapi..
Jika anda berminat..
Kalau anda nak tahu secara lengkap ilmu menternak kambing dari A sampai Z. Anda boleh mengikuti rujukan ini. Berminat, boleh klik pautan yang diberikan..
Download Rujukan Menternak Kambing