Semakan, Kemaskini Dan Permohonan BR1M 2018 Online Dan Manual





Semakan, Kemaskini Dan Permohonan BR1M 2018 Online Dan Manual. Adakah anda sudah mengetahui BR1M 2018 sudah dibuka. Terkini anda sebagai calon yang berkelayakan boleh membuat semakan, kemaskini dan permohonan BR1M 2018 samada baru atau lama di laman web e-br1m. Melalui Kementerian Kewangan yang lalu tarikh membuat permohonan telah dibuka pada 27 November 2017 sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2017..

Jika anda masih belum membuat permohonan baru, anda diberi 2 pilihan untuk mengisinya iaitu permohonan secara online atau secara manual. Tapi admin lebih syorkan membuat permohonan BR1M 2018 online kerana lebih mudah dan senang berbanding menggunakan borang manual..

Semakan, Kemaskini Dan Permohonan BR1M 2018 Online Dan Manual

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

Berikut admin kongsikan perkara-perkara yang perlu anda untuk anda layak dalam permohonan ini. Antaranya ialah..

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah
  • pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Kemukakan Salinan:

MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.

 

Cara Mengisi Permohonan Baru BR1M 2018 Online

Langkah 1

Sila ke web ini > e-br1m

Langkah 2

Masukkan kad pengenalan anda. Contoh dibawah.

Semakan, Kemaskini Dan Permohonan BR1M 2018 Online Dan Manual

Langkah 3

Di form yang diberikan, sila isikan maklumat dengan lengkap. Beri maklumat dengan betul dan jujur.

Langkah 4

Hantar permohonan. Selesai.



Cara Mengisi Permohonan Baru BR1M 2018 Manual

Langkah 1

Download borang permohonan BR1M manual di web e-br1m.

Langkah 2

Isi maklumat yang diminta dengan lengkap dan hantarkan di mana-mana pejabat LHDN berdekatan atau anda boleh memohon di pejabat LHDN.

Semakan Dan Kemaskini Permohonan BR!M 2018

Untuk kemaskini dan semakan BR1M 2018, anda boleh membuat rujukan di link yang sama. berikut admin kongsikan..

Langkah 1

Sila ke link ini > Kemaskini br1m 2018

Langkah 2

Masukkan nombor kad pengenalan dan log masuk.

Langkah 3

Kemaskini maklumat anda yang terbaru.

Langkah 4

Hantar kemaskini dan selesai..

Melalui dashboard yang sama, anda klik tulisan “Semakan BR1M 2018“. Dari situ anda boleh mengetahui permohonan anda diterima atau pun tidak diterima..

Semakan, Kemaskini Dan Permohonan BR1M 2018 Online Dan Manual

Tarikh Pembayaran BR1M 2018

Seperti yang anda lihat melalui foto di atas, pembayaran br1m akan melalui 3 peringkat dan dibahagi kepada 3 ketogeri. Pembayaran pertama dianggarkan bermula pada bulan Februari, seterusnya pada bulan Jun dan akhir sekali bulan Ogos. Sebarang perubahannya nanti akan dikemaskini dari masa ke semasa..

Kategori 1, individu(bujang) berpendapatan bulanan RM450 ke bawah
Jumlah bantuan > RM450
Februari > RM450

Kategori 2, isi rumah berpendapatan bulanan RM3001 hingga RM4000
Jumlah bantuan > RM900
Februari > RM300
Jun > RM300
Ogos > RM300

Kategori 3, isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
Jumlah bantuan > RM1200
Februari > RM400
Jun > RM400
Ogos > RM400

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawati Faq BR1M 2018..

Semoga dengan maklumat yang diberikan ini memudahkan anda untuk mendaftar dan membuat permohonan BR1M 2018 dengan lebih mudah. Bila mendapat pembayaran pertama nanti, gunakan dengan berfaedah. Selamat mengisi borang permohonan brim 2018..







(Visited 187 times, 1 visits today)

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.