Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Secara Online
|Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Secara Online. Syukur di tahun baru Kerajaan masih lagi menghulurkan bantuan berbentuk wang untuk isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana. Semua sedia maklum, Virus Covid 19 yang menyerang seluruh negara pastinya menjejaskan ekonomi rakyatnya..
Pastinya anda ternanti-nanti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk tahun 2021 ini, kan. Baki Bantuan Prihatin Nasional(BPR) 2020 juga sepatutnya dijadualkan pada Januari 2021 ni. Kiranya digabungkan baki BPN dengan BPR atau terus jadi BPR? Agak kecelaruan di situ..
Maklumat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Bantuan Prihatin Rakyat telah diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi pembentangan Belanjawan Malaysia (Bajet 2021). BPR adalah inisiatif bantuan tunai bersasar yang akan memanfaatkan 8.1 juta penerima yang layak dengan peruntukan sebanyak RM6.5 bilion.
Seperti yang telah diberitahu pada perenggan atas sekali, Bantuan Prihatin Rakyat sama seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Cuma perlaksanaanya telah ditambah baik dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan isi rumah dan individu bujang yang relevan selari dengan tekanan peningkatan kos sara hidup tinggi yang berlaku masa kini akibat pandemik COVID-19.
Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPR) 2021 Kategori Isi Rumah dan Bujang.
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada penerima yang layak (sedia ada) dan pemohon baru yang disahkan berjaya
Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Secara Online
Berikut dikongsikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi mereka yang berkelayakan..
- Layar laman web rasmi BPR > klik sini
- Klik Log Masuk
- Di bahagian PENGGUNA, masukkan ID Pengguna
- ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
- Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
- Jika betul seperti yang didaftarkan di atas, klik Ya
- Jika salah dan tidak seperti yang didaftarkan di atas, klik Tidak
- Kami andaikan anda klik Ya
- Anda akan dibawa ke bahagian PENGGUNA sekali lagi
- Tidak perlu masukkan ID Pengguna kerana ia sudah diisi secara automatik
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:
# Maklumat Pemohon
# Pengesahan - Di bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:
# Nama
# Nombor MyKad
# Jantina
# Alamat
# Poskod
# Bandar
# No Telefon Rumah
# Pekerjaan
# Status Perkahwinan - Isikan Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin) dengan lengkap
- Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
- Isikan Maklumat Anak dengan lengkap
# Nama anak
# No Kad Pengenalan anak
# Umur anak
# Status anak - 3Jika anda mempunyai anak lebih dari satu, sila isikan ruangan yang lain
- Klik Teruskan
- Kini anda berada di bahagian Pengesahan
- Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
- Masukkan Captcha seperti yang tertera
- Klik Sahkan Captcha
- Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
- Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Klik butang jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Selepas tekan butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian
- Jika anda belum daftar BPR, klik Ya untuk mendaftar akaun BPR
- Jika anda sudah daftar BPR seperti di atas, klik Tidak
- Klik butang Cetak untuk mencetak borang permohonan BPR yang telah didaftarkan
- Jika anda memilih Ya untuk mendaftar akaun BPR, anda dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dengan memilih lima (5) pilihan soalan keselamatan.
- Format kata kunci keselamatan hanyalah huruf dan nombor sahaja
- Aksara khas dan simbol adalah tidak dibenarkan
- Kata Laluan juga perlu didaftarkan untuk urusan Log Masuk pada masa akan datang.
- Kekuatan password atau Kata Laluan yang anda masukkan akan ditentukan oleh warna
- Warna Kata Laluan yang bagus dan sukar untuk diteka dan digodam adalah yang berwarna hijau
- Sebarang pertanyaan untuk pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional baru, sila ajukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN
Kelayakan Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah
RM1,200 Mempunyai tanggungan seorang anak dan tidak mempunyai anak
RM1,800 Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang
Jadual Pembayaran
Fasa 1 : 2021
Fasa 2 : 2021
Fasa 3 : 2021
Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan
Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 Hingga RM4,000
RM800 Mempunyai tanggungan seorang anak dan tidak mempunyai anak
RM1,200 Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang
Jadual Pembayaran
Fasa 1 : 2021
Fasa 2 : 2021
Fasa 3 : 2021
Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan
Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM4,001 Hingga RM5,000
RM500 Mempunyai tanggungan seorang anak dan tidak mempunyai anak
RM750 Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang
Jadual Pembayaran
Fasa 1 : 2021
Fasa 2 : 2021
Fasa 3 : 2021
Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan
Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah Berusia 21 Tahun Keatas
RM350
Jadual Pembayaran
One-Off : 2021
Nota: Pembayaran akan dibuat sekali gus (one-off) bermula pada tarikh yang ditetapkan.
Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Buat masa kini tarikh pembayaran BPR belum lagi diputuskan dan akan dimaklumkan pada Januari ini. Sabar-sabar menunggu apa langkah selanjutnya akan diambil oleh kerajaan..
Tarikh BPR akan dikemaskini bila sudah diputuskan..