Cara Guna Modal Untuk Mulakan Bisnes Air Balang
|
Cara Guna Modal Untuk Mulakan Bisnes Air Balang. Boleh katakan bisnes air balang salah satu bisnes yang menjadi pilihan orang ramai untuk menambah sumber pendapatan,tak kira menjual air secara part time atau full time..
Ada yang merebut peluang untuk mulakan bisnes air balang..
Menjual air balang memang telah nyata mampu memberi pulangan yang lumayan untuk mereka yang menceburi bidang usahawan ini. Bahkan untuk mulakan perniagaan tersebut, tidak memerlukan modal yang tinggi. Cara guna modalnya pun anggaran dalam RM1000 saja..
Cara Guna Modal Untuk Mulakan Bisnes Air Balang
Jika menyentuh pasal modal, ia bergantung pada bisnes air balang yang hendak anda jalankan. Jika bisnes besar, besar la modal dan jika kecil, kecil jugak la modalnya. Ia bergantung pada anda tapi sebaik-baik dulu buka bisnes yang kecil dulu. Modal pun rendah..
Semakin maju perniagaan anda, pastinya jadi semakin besar bisnes anda..
anda jadikan contoh saudara Mizan Sulaiman yang berpengalaman dalam menjual air semenjak tahun 2008 lagi di bazar ramadan. Kiranya sudah 8 tahun beliau berniaga air, tahun beliau beliau memperolehi keuntungan sehingga 7K hanya berniaga di satu lokasi dan menggunakan 3 balang air saja..
Anda patut dapatkan panduan air balang yang ditulis beliau..
Okey..
Berbalik pada modal bisnes air balang..
Modal Bisnes Air Balang
Balang Air
Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Rasanya untuk permulaan 3 balang air sudah cukup..
Kanopi
Guna kanopi lebih sesuai untuk berniaga dan kanopi pun ada pelbagai saiz. Ada yang bersaiz 8×8 kaki (harga RM150)dan 10×10 kaki(harga RM190 – RM250). Saiznya mengikut kesesuaian tapak..
Kaki Besi Meja Lipat & Papan Lapis Meja
Kaki besi meja lepak harganya dalam RM 50 hingga RM80 dan untuk papan lapis dalam RM15 sekeping..
Untung Bisnes Air Balang
Sebagai contoh, jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00… Bermakna anda sudah memperolehi RM120… Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.
Okey..
Semoga ia bermafaat untuk anda..
Ini hanya penkongsian untuk anda, selebihnya bergantung pada usaha dan kegigihan anda. Anda boleh dapatkan panduan tersebut sebagai salah satu alat yang membantu anda untuk berjinak-jinak dengan bisnes air ini. Berminat, boleh la dapatkan melalui pautan yang diberikan..
Klik Sini >> Panduan Bisnes Air Balang
Bisnes air balang memang menguntungkan yang penting selamat untuk diminum kepada semua golongan umur.
Khairul Zamri recently posted…Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif