Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Merokok

Tak usah cakap di Malaysia, dikalangan kawan2 aku pun memang ramai yang merokok. Kadang2 naik rimas aku dengan bau asap rokok dan pulak sekarang ni fenomena hisap VEPO, lagi berketul-ketul asap..


Mejoritinya lelaki yang merokok, belum tengok lagi kawan perempuan aku yang merokok. Baguskan dorang..hehe. Cuma kecewa kalau ke kedai makan tertengok wanita yang merokok, tak segan ke ?

Kadang2 terlintas di fikiran aku “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Merokok” ..Dan mesti juga selalu terlintas di fikiran korang yang merokok untuk berhenti merokok..

Tips berhenti merokok..

Tips berhenti merokok

Purata rakyat Malaysia sekarang lebih kurang telah mencecah 30 juta, jumlah ini diambil di web Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2014. Untuk tahun 2015 aku tak jumpa tapi rasanya lebih kurang aje..


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata tinjauan pada 2011 oleh Global Perokok Dewasa Malaysia (GATS) mendapati kira-kira 4.3 juta atau 20.9 peratus penduduk Malaysia mengamalkan tabiat merokok setiap hari.


Tengok tu, berapa ramai yang merokok. Angkanya boleh dikatakan agak tinggi, lebih dari 4 juta yang merokok. Kalau tidak dikawal, tidak mustahil angka ini akan terus meningkat..


Di luar sana, pelbagai kempen telah dijalankan untuk menyedarkan orang ramai bahayanya merokok. Blogger-blogger pun ada yang mengambil bahagian dengan mengeluarkan artikel dengan memberikan pelbagai tips berhenti merokok..


Kesimpulannya, ramai gak yang merokok di negara kita ni. Dan harga rokok pun makin lama makin mahal. Baik berhenti jer..

 
(Visited 44 times, 1 visits today)

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge